Uncategorized

Bank Islam tawar bantuan pembayaran semula bersasar bagi pelanggan



KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd menggesa para pelanggan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk menghubungi pegawainya bagi urusan pembayaran semula pinjaman yang terbaik dengan hanya berbaki dua bulan sebelum tempoh moratorium berakhir pada 30 September, 2020.

Bank Islam berkata, para pelanggan boleh mengunjungi rangkaian cawangan bank itu di seluruh negara bermula 7 Ogos untuk membincangkan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan kewangan mereka dan melengkapkan borang permohonan untuk menikmati kemudahan tersebut.

“Dengan tempoh moratorium berakhir pada 30 September, 2020, bantuan tambahan ini bertujuan untuk meringankan kekangan kewangan pelanggan dan menstabilkan aliran tunai mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Muazzam Mohamed dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bank itu telahpun mula menghubungi semua pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas dan mengemas kini maklumat secara berkala di pelbagai platform komunikasi.

Di bawah bantuan pembayaran semula bersasar itu, Bank Islam menawarkan lanjutan moratorium selama tiga bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada kepada individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan kini tidak bekerja.

Individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan yang signifikan akibat waktu bekerja yang dikurangkan, pemotongan gaji dan sebagainya akan ditawarkan pengurangan ansuran bulanan bersesuaian dengan pengurangan gaji, tertakluk kepada jenis pembiayaan.

Mereka juga akan ditawarkan fleksibiliti pembayaran selama enam bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada.

— BERNAMA





Source link

Bazar Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *